PART 1 : KEMBARA DARI JOHOR BAHRU KE MELAKA PADA HARI JUMAAT YANG TENANG.
Sejak malam semalam aku tak dapat tidur lena. Persiapan terakhir dah aku masukkan dalam bonet wira milik ayah aku. Tong ais Coleman milik Sundang, 2 kotak air mineral bersaiz cawan, beg baju, toiletries dan petrol penuh satu tangki.
Bagi mengelakkan peristiwa buruk kejadian ke Majlis Perkahwinan Boyak berlaku lagi, 3,4 kali aku dan ayah memeriksa enjin kereta. Ok, semuanya dalam keadaan tip top kebabow!
28 May 2010
Pagi ini aku bangun sama awal dengan Comot, kucing peliharaan keluarga aku. Setelah menyediakan sarapan untuk Comot berupa 3 ekor ikan kembong batu, aku ke kedai berhampiran untuk tapau sarapan famili aku.
Aku tak sangka aku akan buat semua ini di pagi hari wesak, hari cuti.
Tepat jam 9pagi, aku memulakan perjalanan ke Kampung Tarom untuk mengambil penumpang pertama, Arine. Agak terburu-buru sebenarnya penyertaan Arine untuk pergi bersama aku. Itu pun selepas beberapa rancangan sendirinya gagal. Aku tak kisah.
Untuk mengambil penumpang seterusnya, Lan Talib, aku perlu menunggunya di City Square JB beberapa ketika kerana menurutnya, barisan manusia di kaunter mengecop passport adalah luar biasa. Lagi luar biasa dari barisan pelajar junior di dewan makan. Sempat juga aku dan Arine pekena roti canai di Azmi Corner yang terkenal dengan minuman yogurt ciptaan sendirinya.
Selepas mengambil Lan Talib, dia mengadu yang perutnya kelaparan. Jadi, dia memohon agar aku berhenti di mana-mana stesen minyak agar dia dapat beli roti pengalas perut. Dan aku hanya berhenti di sebuah stesen minyak jenama Caltex di bandar Kulai. Aku cuma berharap agar Lan Talib tak maki aku sebab aku mengambil masa yang lama untuk berhenti. Saja nak bagi Lan Talib berlapar.
Selepas sesi jual beli berlangsung, kami meneruskan perjalanan untuk mengambil penumpang terakhir iaitu Cikgu Amin. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang 10 minit untuk tiba terbantut dek kerana kereta menjadi sangat berat. Aku sudah mula fikir yang bukan-bukan. Tak kan sebab aku dengki Lan Talib tadi, dia sudah mandrem kereta aku pula. Aisehmen!
Aku masuk ke lorong selepas McDonald dan menuju entah ke mana. Tiba di satu selekoh, aku mendapati tayar belakang sebelah kanan kereta aku berasap!
"Keluar kereta! Keluar kereta!" Aku cuba memberi arahan kepada Arine dan Lan Talib secara kaget.
Aku tergamam. Entah bala apa lagi yang menimpa aku kali ini. Seingat aku, sebelum aku keluar rumah tadi, aku dah salam tangan mak dan ayah macam minta restu.
Pergh!
Macam dapat lesen terbang pula bawa kereta sambil tidak menurunkan brek tangan. Terasa bodoh sekali aku di tengah-tengah jalan menyiram air mineral ke brek cakera yang agak merah sehingga menghasilkan wap-wap panas.
Aku cuba boleh berdoa agar cerita ini tidak berlarutan di reunion-reunion akan datang. Amin!
Tiada masalah banyak sepanjang perjalanan kami dari mengambil Cikgu Amin sehingga ke Simpang Ampat, Melaka untuk mengambil Zack di Kem PLKN Putra Putri. Turut bersama dengan konvoi kami ialah Bandi yang datang dengan Perdana V6-nya all the way dari Segamat.
0 comments:
Post a Comment
ana sudah, anta bagaimana?