SELAMAT DATANG KEPADA AHLI KELAB PENYOKONG NTMTTS. SILA TINGGALKAN KOMEN. MAJULAH NTMTTS UNTUK NEGARA.

Tuesday, March 16, 2010

majlis kahwen kawan-kawan yang kita ada, puan nazzreen dan encik sapiq

Tuesday, March 16, 2010



asal-asal ain fadzal nak cancel saja mahu pergi majlis kahwen nazreen dan sapiq azwan, tapi apakan daya sms semangat daripada puan arfa dan sms mahu jemput di serdang daripada huda buat si ain fadzal tergerak hati juga mahu pergi.

kad tak ada, bateri h
enpon kong, baju nak pergi majlis tak ada. yang ada cuma sepasang high heel miliknya tertinggal di dalam kereta. kira untung nasib baik juga.

ok... macam pelik-pelik saja bahasakan diri sendiri sebagai ain fadzal. gua tukar kata ganti nama saja sudahlah, kasik sikit ala-ala santai.

disebabkan gua daripada bangi pa
da hari berkenaan, yang ada cuma baju-baju basan gua. dan disebabkan itu, gua bertanya jugalah kot-kot boleh pinjam baju adik gua, yang fizikalnya pendek sedikit daripada gua yang boleh ngam kat tubuh besar gua. susah juga bersaiz eropah bila di fikir-fikirkan balik, tapi apakan daya takdir saja yang menentukan ini semua.

gua bangun
pun sudah dekat pukul 11 pagi, matahari dah tercacak atas kepala guae sebenarnya. gua mandi-mandi, gua gosok baju, gua mekap-mekap ala kadar, gua capai snickers terus gua salam-salam dengan adik gua minta izin mahu pulang terus ke kuala lumpur petang nanti. gua sampai komuter ukm dengan sepasang high heel dan satu beg kecik berisi wallet, henpon bateri kong dan video kamera yang di cas penuh. sesak-sesak umat manusia di perhentian tersebut. tak lama selepas itu, komuter sampai dengan muatan manusia. OMG! habis sajalah pewangi rembat adik gua, bercampur-campur bau jadinya. sudah nasib badan, redha sajalah. gua sampai di komuter serdang seperti di janjikan kepada huda dan rakan partnernya, si an. yang penting huda lagi ayu dari gua rupa-rupanya. hahaha!


disebabkan an ini orang
shah alam, dengan cemerlangnya kami sampai dengan jayanya. padahal, sudah kali ke-2 gua sampai ke sana. turun daripada kereta, gua setting-setting baju dengan muka biar nampak manis. kot-kot gua boleh usyar-usyar seorang dua mamat dekat majlis tu nanti. gua telah berniat sambil lewa dalam hati.


pap! gua terpempan!


gua jadi setema dengan ahli keluarga mereka rupanya, berselisih p
ula sebelah budak-budak yang main genderang, sebiji warna pakaian gua dengan mereka. seperti biasa, gua buat muka cool, jalan bongkok sikit tanda hormat pada ahli keluarga nazren dan cover sakit kaki pakai high heel naik tangga menuju ke gerbang dewan. cantik!


gua senyum dengan orang keliling, tulis nama
dalam buku pelawat, gua salam-salam dengan mana datin-datin yang patut-patut. pergi balik, pergi balik gua depan gerbang tersebut cari kawan-kawan yang sudah sampai dahulu. dan-dan mereka rupanya berada di meja makan dekat dengan gerbang muka pintu dewan. seperti biasa, i selaku kak nam, mestilah berhavoc di perhentian tersebut sebelum ambil giliran tunggu makanan buffet pada belah belakang dewan. senang, tak payah susah-susah nak cover makan banyak sebenarnya. tak macam wiwin selalu buat nak payah-payah order dekat kawan-kawan yang tak banyak makan macam dia. hahaha!

gua ambil tempat duduk semeja dengan SM sekeluarga. makcik pakcik yang dekat meja tu nampak gua pun terus angkat
kaki lepas gua termengah-mengah berdiri pegang pinggan dan secawan air. sedang gua menikmati hidangan ayam goreng rempah, daging masak rendang sedap dan kurma kambing serta dalca kegemaran gua, selera makan gua terhenti. pengumuman ketibaan pengantin mahu berarak dan bersanding. masa tu, gua angkat muka sikit, tangan kanan di pinggan, tangan kiri pegang cawan. kedua-dua mempelai masuk. fuhhh! cantik! macam pinang di belah dua. tak rugi bercinta lama-lama macam mereka.


kalaulah gua orang majalah ataupun orang tv, gua dah panggil buat liputan. majlis high class. ada tarian, ada gamelan.



yang lain gua tak berapa perasan.
gua banyak buat edisi terjah untuk kawan-kawan gua yang lain. muka-muka yang gua tak pernah serempak dalam majlis kawen-kawen ka
wan-kawan yang kita ada boleh tahan ramainya. salena azah dengan pasangan, topot, madun, salmiah dan keluarga, arin yang datang jauh-jauh dari johor bahru dengan boifren, jalut dengan isteri yang dah tak berapa baru, nadhirah bersama kakaknya, zarina dan keluarga keciknya serta muka-muka biasa seperti arfa dan pasangan pengantin barunya senior kita, pekji, soraya, samel, ezura dan aida haryati. boyak juga tidak ketinggalan yang rupa-rupanya menjadi official photographer majlis tersebut. nama lain yang tertinggal, nanti gua recall.

semua nama ada dalam video yang gua telah rakam.

topik hangat tiap kali berjumpa semestinya hal kawen. tup tup tap, rupa-rupanya salena azah datang dengan niat nak kasik kad kahwen rupanya. sudah ku duga, masakan tidak kelibatnya boleh muncul secara tiba-tiba bagaikan magika. sudah tahu sibuk-sibuk bertanya pula gua di situ. oleh itu, selepas ini, ke rumah salena azah la gamaknya. gua, selaku kawan dari waktu kecilnya mintak kad belah sang lelaki dekat saja, kot untung-untung dapat kira tu rejki gualah. jangan cemburu pula. tapi kot-kotlah, benda belum betul, gua tak berani nak konfem pun. hahaha!

orang perempuan, kalau dah umur-umur macam ni tak sah cerita pasal boifren. bila nak kawen. pasal kerjaya. pasal, apasal ko makin kerempeng (walaupun sebenarnya ia cuma satu helah ilusi optik). dan juga apasal masing-masing makin lawa ni?.
fine, itu hal orang perempuan, orang perempuan punya sukalah. hahaha!




orang lelaki, kalau dah umur-umur macam ni tak sah bercerita pasal kerjaya. dengan kerja dekat mana. secara statistiknya, budak-budak lelaki sekolah gua lagi berjaya dari budak-budak perempuan. gua compare sebab gua cuma kuli, diaorang ni bos. dan secara automatiknya dalam sistem birokrasi, gua duduk bawah diaorang inilah. itulah, masa sekolah dulu malas belajar, ponteng kelas tambahan. tahu balik kampung dengan outing sajalah kau ini ain fadzal. girlfren-girlfren
ni jadi topik time isap-isap rokok je. tu pun buat cuci-cuci mata pedih mereka bila kena asap rokok.


gua, selaku wakil urusetia yang datang pada majlis tersebut telah mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang majlis reunion 2010 untuk kawan-kawan NTMTTS yang kita ada. kira-kira gua sudah jalankan tugaslah kan wiwin?

setelah berceramah secara panjang lebar, air teh dah minum, kerepek-kerepek dah nak habis, kuih dah makan, cakap pun dah cakap, borak pun dah borak, gelak pun dah gelak, jalan sana sini pun dah, bergambar pun dah bergambar, rakam aksi-aksi kawan-kawan pun sudah, tengok jam pun dah petang rupanya. tiba-tiba sudah acara bergambar bersama pengantin. sebab gua paling kepochi, gua berjaya kumpulkan kawan-kawan yang kita ada untuk bergambar bersama pasangan pengantin baru budak sekolah kita, puan nazreen dan en sapiq.

dan selepas itu, acara salam-salam, sedih-sedih nak tinggalkan kawan-kaw
an pun ada. yang nak balik, sudah balik. yang cakap nak balik tapi masih tak balik-balik seperti gua ini, sambung berborak lagi dengan kawan-kawan yang kita ada. sedang khusyuk gua borak-borak, tiba-tiba seorang lelaki lalu di depan mata gua.


ah! aizat!




gua buat-buat terpempan (atau sebenarnya gua betul-betul terpempan). (pergi mana mesti gua jumpa selebriti). hahaha!

bunga ros putih yang gua sudah cabut-cabut kelopak yang dalam genggaman, terus saja di beri pada aizat. marah liyana jasmay nanti kalau dia dapat tahu.


selepas itu, gua mengundurkan diri dari majlis kahwen gemilang milik kawan yang kita ada, nazren untuk pulang. penat juga jadi saya. itu nak kejar. ini nak kejar.

niat gua untuk dapat seorang dua boifren jadi terbengkalai kerana terlupa.
last-last, gua pulang jua dengan tangan kosong menuju ke komuter dengan muka ala ala sedih dan pening-pening kepala akibat pakai high heel 3.5 inci.


*** gambar lain tunggu ehsan dari boyak ya kawan-kawan. :D

4 comments:

ad huda said...

tipulah pulang ngan tangan kosong, ada juga bawa balik hadiah dari kuarga pengantin kan?
hehe

ain fadzal said...

tangan kosong = boipren.

tp, nasib baik gak ko ingatkan psl goodies bag tu. keh keh keh

Azham said...

ada bakat menulis gaks ko nie. Buat novel la beb, mane tau bleh jadi cam J.K Rowling.....

ain fadzal said...

smpi sini ko jejak kan? ikikiki

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
EMOTICONS INI MUNGKIN TIDAK SESUAI DENGAN IE

Post a Comment

ana sudah, anta bagaimana?

 
Design by Pocket