SELAMAT DATANG KEPADA AHLI KELAB PENYOKONG NTMTTS. SILA TINGGALKAN KOMEN. MAJULAH NTMTTS UNTUK NEGARA.

Tuesday, February 23, 2010

LAPORAN MAJLIS PERKAHWINAN SITI ARFA MUHALID DENGAN ABANG PEKJI YANG KITA SAYANG

Tuesday, February 23, 2010


















Wiwin bergerak dari Johor Bahru dengan Zahri, Bun dan Sapik lebih kurang jam 12.00pm, sejam tersasar dari masa yang dirancang. Al-malkum la, dengan jalan yang agak sesak dan mata yang agak mengantuk, menambahkan lagi punca kelewatan kami pada hari itu.

Ain Fadzal pula dan sibuk-sibuk call Wiwin tanya kat mana. Pais pun sama. Wiwin syak, mereka sudah kangen banget pada Wiwin la tu.

Kami sampai di perkarangan Desa Temu Jodoh kira-kira jam 1.30pm dan memarkir kereta agak jauh dari rumah pengantin. Selang 2 rumah dari rumah pengantin. Dan kami terserempak dengan brader-brader senior kami yang seorang tu dari jauh dah jerit-jerit kena histeria, "Mana satu Fikrikacak ni? Aku nak kenal sangat". Entah apa yang dia jeles sangat dengan Wiwin, itu Wiwin tak pasti tapi Wiwin sengih-sengih juga la pada Abang Rezib dengan Abang Raja "Pekji" Sehari. Pelik juga kami bilamana nampak Abang Raja "Pekji" Sehari masih lagi mengangkang pekena air oren sejuk sambil layan Abang Paijo hisap rokok. Oh, rupanya menunggu Abang Nuyul siap make-upkan pengantin perempuan rupanya. Sokong bisnes kawan-kawan. Bagus Abang Raja "Pekji" Sehari ini. I like~ Majlis Reunion NTMTTS 10 Tahun Selepas Merdeka nanti jangan bagi alasan tak datang ye.

Dan ketika kami dok sibuk layan abang-abang pekena oren tapi haram dan sediakan air (ha ha ha) itu, sekonyong-konyong Cik Anon dan Cik Meri datang bersama bodyguard-badan sasa-muka-garang mereka sambil memikul hadiah masing-masing yang nampak macam besar tapi tak tahu la isinya samada badan peluk atau kain cadar.

Ok.

Kami meneruskan perjalanan ke khemah makan-makan dan terserempak pula dengan Ustaz Dotkom yang agak.... kus semangat... Badan sama naik dengan isterinya yang hanya tunggu masa nak beranak. Juga di meja yang sama, Doktor Kapten Jojo dan pasangan, Peguam Jane yang diimport dari Kota Kinabalu. Pada mulanya, Wiwin syak Doktor Kapten Jojo bersama adiknya. Tetapi telahan Wiwin silap. Sorry ye Peguam Jane.

Pung pang pung pang!

Dari jauh dah kenal suara perempuan yang sibuk dengan rambut barunya. Tangan penuh goodie bag. Mulut penuh kata-kata. Eh, nampak pula Ilya dengan Isyraf. Tetiba Soraya pula datang dengan kamera. Pap! Kebetulan datang pula Pakar IT Pais dengan Cikgu Fame. Memang tidak syak lagi, majlis ini memang majlis "Geng Pelangi" atau nama Key Ell-nya "Geng Rainbow". Al-maklum la, ini ahli Rainbow pertama yang kecundang ke alam perkahwinan. Mesti la diraikan walaupun seorang lagi ahli cawangan JBnya (Ujie) tak dapat hadir kerana tuntutan kerja. Tak dapat makan di Chilli's, makan kat rumah Afra pun jadi-lah....

Dalam pung-pang-pung-pang sibuk berborak bersuka ria, kami dihiburkan dengan tarian aneh (bagi yang tak pernah tonton) dan penuh kebudayaan (bak kata Bun). Barongan. Berkerumun semua manusia. Yang baru makan, ditinggalkan makan. Yang bawa anak, ditinggalkan anak. Yang ada bini, ditinggalkan bini. Yang baru datang, tak salam bapa pengantin. Ish, macam ada sihir la juga. Terpaku semua mata yang menonton. Ada yang terpukau dengan brader yang menari macam Capoeira, ada yang terpukau dengan adik-adik yang menari kuda kepang, ada yang terpukau dengan brader bawa hiasan-kepala-bulu-merak. Tak kurang juga yang lalu di hadapan jalan besar Yong Peng - Labis, berhenti tepi jalan semata-mata yang tonton tarian ni.

Fulamak! Fewit 3 kali!

Bila penari penat, yang belum habis makan, cari pinggan balik tapi penanggah dah angkut. Yang bawa anak, sibuk cari anak yang dah menangis, yang bawa bini sibuk pujuk bini yang merajuk. Alahai!

Tapi part yang paling best bila pengantin berarak ramai-ramai sambil diiringi brader capoeira dan paluan kompang, kami, NTMTTS, diri atas bukit kecil sebelah kanan laluan pengantin sambil berkipas beramai-ramai. Tak kurang juga yang terjerit-jerit nama Abang Raja "Pekji" Sehari ala-ala histeria gitu. Ada juga yang siul-siul manja pada Pak Andam Of The Day, Abang Nuyul dan adiknya.

Antara mereka yang lain yang turut hadir di majlis itu ialah Encik KZ @ Gepang dan keluarga, Puan Jaja dan keluarga.

Oh, ya. Pesanan dari Abang Raja "Pekji" Sehari yang suruh quote ayat dia ini,

"Ain pakai baju hujan masa majlis kahwin aku!"

Ha ha ha. Lencun dek peluh.

5 comments:

[jane] said...

fikri kacak,

suruh wiwin sambung lagi cerita dia. cerita makan ayam tak ada pun.

yang benar,

peguam jane

uJie said...

huhu sian cawangan rainbow x dpt dtg :(.. maafkan saya wahai kawan2... pasni kawen 1 May eh br aku xde komitmen kot hehe

shafiqazwan21 said...

turut hadir : ben dan isterinya

ain fadzal said...

baju dosa tu. :))

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
EMOTICONS INI MUNGKIN TIDAK SESUAI DENGAN IE

Post a Comment

ana sudah, anta bagaimana?

 
Design by Pocket